Friday, 18 July 2014

Home


Peranan Ulama-Ulama Islam Dalam Perjuangan Menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu




  • Nama Pensyarah :Puan Aishah binti Abdul Razak

  • Nama Pelajar      :  1.Khoo Kah Eng (08DMP14F1012)
                                     2.Satishwara Rao a/l Narasimmanaidu (08DMP14F1022)
                                     3.Ngan Yee Hen (08DMP14F1004)
                                     4.Kathiravan a/l Murugayah (08DMP14F1034)

  • Kumpulan           :   DMP1B
  • Jabatan                : Jabatan Mekanikal

  • Sesi                       : JUN 2014

Pengenalan




     Rakyat negara ini sanggup berjuang dan berkorban nyawa untuk membebaskan tanah air. Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan ini lahir daripada beberapa peringkat dan keadaan.Peringkat terawal berupa penentangan bersenjata dan melibatkan pertumpahan darah.Secara keseluruhannya, pada peringkat awal penentangan yang dicetuskan oleh masyarakat tempatan berjaya dipatahkan oleh kerajaan British.Namun,penentangan ini menunjukkan lahirnya semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan untuk menuntut kemerdekaan.
                                                                 

                                                                      Tok Janggut


Nama: Haji Mat Hassan Bin Munas

Gelaran: Tok Janggut (Dikenali sebagai tok janggut kerana menyimpan janggut ke paras dada)
Dilahirkan pada: Tahun 1853
Tempat kelahiran: Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
Menetap di kampung Nering,Kelantan
Mendapat pendidikan di pondok Kelantan dan Makkah




Mat Kilau


Nama: Haji Mat Hassan Bin Munas

Gelaran: Tok Janggut (Dikenali sebagai tok janggut kerana menyimpan janggut ke paras dada)
Dilahirkan pada: Tahun 1853
Tempat kelahiran: Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
Menetap di kampung Nering,Kelantan
Mendapat pendidikan di pondok Kelantan dan Makkah



Tok Kenali


Nama: Muhammad Yusuf Bin Ahmad

Gelaran: Tok Kenali
Dilahirkan pada: Sekitar tahun 1868
Tempat kelahiran: Kampung  Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
Mendapat pendidikan agama di beberapa tempat di Kelantan dan Makkah





Dato Bahaman



Nama: Abdul Rahman Bin Tuanku Imam Nuh

Gelaran: Datuk bahaman
Menetap di Semantan, Pahang 




Tok Gajah

Nama: Abdul Rahman Bin Tuanku Imam Nuh

Gelaran: Datuk bahaman
Menetap di Semantan, Pahang 

Tok Janggut


 Faktor Penentangan

  • British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
  • Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang               berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
  • Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
  • Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.
    
Tok Janggut Pejuang Jihad




            Haji Mat Hassan Bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok janggut merupakan salah seorang ulama islam yang pertama menentang kuasa asing di Kelantan. Beliau telah menjalankan perjuangan menentang Inggeris di Kelantan kerana melalui Perjanjian Inggeris – Siam (Perjanjian Bangkok) Kelantan diserahkan kepada kuasa Siam. Antara perjuangan beliau ialah menyerang Pasir Puteh yang dikawal oleh seorang pegawai yang bernama Che Abdul Latif.  Perjuangan ini juga dibantu oleh Engku Besar Jeram , Tuan Ahmad , Penghulu Adam , Haji Said , Che Ishak. Sebelum melakuan serangan tersebut iaitu pada 29 april 1915, Tok Janggut bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi  menentang Inggeris dan  memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh. Mereka hanya menduduki di Pasir Puteh selama 3 hari , memusnahkan pejabat kerajaan , menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan. Dengan strategi ini , mereka berjaya menguasai Pasir Puteh dan Engku Besar Jeram dilantik sebagai Raja manakala Tok Janggut dilantik sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai pegawai daerah Pasir Puteh.

Perjuangan dan peranan seterusnya yang dilakukan oleh Tok Janggut adalah membunuh Sarjan Che Wan. Sarjan Che Wan merupakan seorang pagawai British yang sangat berpengaruh. Dia juga merupakan salah seorang pegawai yang zalim dalam  menindas rakyat dan memaksa mereka membayar cukai. Hal ini demikian menyebabkan , Pegawai Daerah Pasir Puteh , Encik Latiff mengeluarkan waran untuk menangkap Tok Janggut dan melantik Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan enggan membayar cukai dan menbuat mesyuarat sulit untuk menyerang Pasir Puteh. Dengan ini berlakulah satu pertempuran antara British dan pasukan Tok Janggut. Dalam pertempuran itu , Tok Janggut berjaya menbunuh Sarjan Che Wan yang selama ini menindas rakyat tempatan Kelantan. Peristiwa inilah yang memulakan peperangan sebenar antara Inggeris dan Tok Janggut.

Selain itu , Tok Janggut juga berperanan dalam menghapuskan ideologi yang disebarkan oleh pegawai British. Hal ini demikian dikenali sebagai perang saraf. Dalam perang ini Pegawai Daerah Pasir Puteh iaitu Encik Latiff telah menghantar beberapa pegawai untuk memburukan nama  Tok Janggut  dan pengikutnya di kalangan rakyat tempatan dengan harapan generasi semasa dan generasi yang akan datang menganggap lelaki itu dan kumpulanya penderhaka dan pengkhianat Negara dan bangsa. Walaubagaimanapun , Tok Janggut  menganbil tindakan segera dengan memberikan amaran kepada Encik Latiff atas penbuatan beliau dan menyerang pegawai- pegawai British yang terlibat dalam perang saraf.

 Peranan ketiga Tok Janggut adalah beliau menyedarkan rakyat tempatan supaya menentang penjajahan kuasa asing. Kesedaran Tok Janggut terhadap agama , bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil lagi. Hal ini demikian terbukti apabila beliau belajar ilmu agama di Makkah. Guru beliau iaitu Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan tanah air yang dikenali sebagai “Serambi Makka”. Beliau menyebarkan ilmu ini kepada penduduk tempatan dan menjadi pejuang jihad yang terkenal di Tanah Melayu.


Peranan dan perjuangnan terakhir Tok Janggut  adalah terlibat dalam misinya mempertahankan Kelantan dalam serangan Saring. Atas nama Sultan Kelantan , British  telah membawa masuk tentera daripada Negeri – Negeri Selat dengan kapal perang H.M.S Cadmus dan memulakan serangan di Saring. British berjaya dalam serangan tersebut dan melumpuhkan perjuangnan Tok Janggut dan pengikitnya. Peristiwa yang menyedihkan ialah Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut , mayatnya diarakan ke seluruh  Pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan songsang. Apa pun peristiwa ini membangkitkan perasaan menentang British dan perjuangan yang selama ini dilakukan oleh Tok Janggut diteruskan. 

Mat Kilau



                    Mat Kilau merupakan anak kepada Tok Gajah. Beliau lahir di Kampung Masjid Pulau Tawar. Beliau memulakan perjuangan menentang British pada tahun 1890-an. Pada masa itu berlakulah satu pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai daripada pembesar negeri yang dilantik dan menghapuskan pentadbiran tradisional yang digantikan dengan sistem residen. Pemberontakan ini sebenarnya diketuai oleh Mat Kilau. Kesan daripada itu , bermulalah siri peperangan yang lain yang diketuai oleh Mat Kilau sehingga mengakibatkan beliau diburu oleh British. Rentetan daripada peristiwa itu , British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum. Bagaimanapun , Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.

                    Peranan Mat Kilau berterusan  apabila beliau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama dari Kelantan dan Terengganu iaitu ulama terkenal Terengganu , Tok Ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Sokongan dan kerjasama yang diberikan membolehkan , Mat Kilau dan adiknya Awang Nong membawa pengikut yang terdiri daripada penduduk Terengganu , Kelantan dan Pahang untuk menyerang Inggeris  di Kuala Atuk ( tepi Sungai Tembeling ) yang diketuai R.W Duff dan Panglima Garang Yusoh. Antara kejayaan yang dicapai oleh Mat Kilau ialah berjaya membunuh dua pengakap Inggeris. Mat Kilau dan Awang Nong kemudian berundur membawa pengikut mereka ke Kuala Tembeling. Mat Kilau juga berjaya menguasai ilmu hutan untuk mengelakkan dirinya dari ditangkap oleh pegawai British dan mempelajari taktik tiga laluan yang sangat membantu dalam menghadapi serangan Inggeris hasil daripada hubungan dengan ulama- ulama seperti Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut.

                 Peranan Mat Kilau juga terbukti apabila beliau bijak merancang strategi dalam menyerang Inggeris dalam siri peperangan pada 13 Julai 1892. .Hal ini demikian terbukti apabila Mat Kilau menyedari pendudukan pasukan pengakap daripada pasukan Walker dan Hugh Clifford di Lechau dekat Kampung Budu. Kumpulan Mat Kilau bersama Dato Bahaman berpecah kepada tiga pasukan dan menyerang dari arah yang berlainan. Dengan ini , mereka berjaya menawan kubu Inggeris di Lechau . Mat Kilau kemudiannya berundur meninggalkan kawasan itu dan bersatu dengan Tok Gajah untuk menyerang Pasir atas ( tepi Sungai Tembeling ) pada hujung Julai 1892.

                 Peranan Mat Kilau juga terserlah dalam menawan Kuala Tembeling. Peristiwa ini bermula pada akhir 1892 apabila orang melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman , Mat Kilau dan Tok Gajah di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan. Pada Mei 1894, Mat Kilau dan Tok Gajah berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung , Mat Kilau selalu berulang lik ke Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid. Pada 14 Jun 1894 , Mat Kilau dan Tok Gajah membawa 100 pengikut untuk menyerang Inggeris di Kuala Tembeling dan mendirikan kubu di Jeram Ampai.

                  Peranan dan perjuangan Mat Kilau berakhir pada oktober 1895 apabila askar siam mengetahui tempat kediaman Mat Kilau dan menangkap beliau. Mereka membawa beliau ke Kota Kharu , Kelantan. Dalam perjalanan ke sana , Mat kilau dipercayai melawan dan askar Siam dikatakan memukul kepala Mat Kilau hingga tidak sedarkan diri dan dianggap mati , mayatnya diserahkan kepada Sultan Kelantan dan dia didapati masih hidup . Sultan Kelantan kemudian menyuruh Mat Kilau melarikan diri dan upacara gimik mengebumikan Mat Kilau dilakukan di Bunut Payung dekat Kota Bharu menggunakan batang pisang.
 










Tok Gajah



                   Nama sebenar Tok Gajah ialah Rasu Abdul Salam Bin Shahrum. Dalam lipatan sejarah Pahang dan dari kaca mata pribumi nama Tok Gajah terukir sebagai salah seorang Pahlawan Terbilang Pahang. Antara peranan Tok Gajah ialah memberikan idea untuk menentang British secara besar- besaran. Sebelum melakukan penentangan ini , Tok Gajah mengadakan satu pertempuran dan dalam pertempuran itu , semua pembesar lain bersumpah menyatakan taat setia kepada Sultan Ahmad. Mengikut cadangan Tok Gajah , serangan telah dilaksanakan secara serentak. Dato Bahaman telah mengambil Semantan , Sultan Ahmad mempertahankan Chenor , Panglima Muda dari Jempul menawan Pekan , Mat Kilau dan Tok Raja akan menawan Kuala Lipis dan Raub sementara Tok Gajah sendiri akan ke Kuala Tembeling.

               Tok Gajah juga berperanan dalam membantu sultan ahmad dalam perang saudara. Dalam Perang Saudara Sultan Ahmad menentang saudaranya Wan Mutahir. Dalam serangan tersebut Tok Gajah membantu Sultan Ahmad untuk mengumpulkan hulubalang dan membina kubu. Beliau juga menggunakan pelbagai serangan. Walaubagaimanapun , Wan Mutahir mendapat bantuan daripada British. Dalam serangan tersebut , Sultan Ahmad berjaya dan atas taat setia dan baktinya , Tok Gajah dilantik sebagai Orang Besar Raja.

             Selain itu , beliau juga berperanan dalam membantu perjuangan Dato Bahaman dalam menawan balai polis Lubuk terua yang berada di bawah kuasa British. Perjuangan ini dibantu oleh pembesar lain iaitu Imam Rasul dan Mat Kilau. Beliau melakukan penentangan ini kerana pembinaan balai polis di Lubuk Terua mencabar kuasa Dato Bahaman  sebagai pembesar di Lubuk Terua. Hal ini demikian kerana pihak British tidak berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman tentang pembinaan balai polis ini. Lebih-lebih lagi pembinaan balai polis ini juga di kawasan lingkungan pengaruh Dato Bahaman.


             Peranan Tok Gajah juga terserlah dalam menawan Kuala Tembeling. Peristiwa ini bermula pada akhir 1892 apabila orang melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman , Mat Kilau dan Tok Gajah di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan. Pada Mei 1894, Mat Kilau dan Tok Gajah berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung , Mat Kilau selalu berulang lik ke Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid. Pada 14 Jun 1894 , Mat Kilau dan Tok Gajah membawa 100 pengikut untuk menyerang Inggeris di Kuala Tembeling dan mendirikan kubu di Jeram Ampai. 

Tok Kenali



                 Tok Kenali atau dikenali sebagai Muhammad Yusuf bin Ahmad ialah seorang tokoh “Ulama Ulung” , guru agama islam yang agung , tokoh pembangun pemikiran umat islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara. Antara peranan Tok Kenali ialah mengeluarkan majalah Pengasuh 1918M iaitu warta majlis agama islam dan adat istiadat melayu Kelantan. Tok Kenali telah dipilih untuk menjadi ketua pengarang dan diikuti dengan Dato Nik Mohammad. Majalah pengasuh ini kemudian membangun dan menggalakkan pendidikan dalam kalangan orang melayu dan menyeru orang melayu untuk memperluaskan ilmu dalam semua bidang. Majalah ini juga memainkan peranan penting dalam membangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.

                 Tok Kenali juga berperanan dalam mengasaskan sistem pondok atau serambi mekah di Kelantan. Sistem pondok telah menggunakan bahan-bahan pelajaran berdasarkan kitab dengan mengkelas- kelaskan kitab kepada pengajian peringkat rendah , menengah yang dipelajari oleh berkelompok. Sistem pondok ini merupakan salah satu faktor pennyebaran islam di Tanah Melayu. Selain itu , sistem pondok ini juga membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu terutamanya di kalangan orang melayu dan menyedarkan mereka tentang kepentingan kemerdekaan.

                Selain itu , beliau juga berperanan dalam melahirkan angkatan pengarang. Di antara murid-murid Tuk kenali terdapat suatu golongan atau angkatan pengarang buku-buku agama yang mempunyai kedudukan yang baik di kalangan masyarakat Islam di dunia sebelah sini. Mereka ialah”

1.Dr. Syaikh Muhammad idris Al-Marbawi, seorang pujangga Islam yang banyak memberio sumbangan      dalam perkembangan ajaran-ajaran Isdlam dengan kamusnya “Kamus Al- Marbawi” (Arab-Melayu) dan  kitab-kitab karyanya yang banyak di lapangan Agama Islam.
2. Saahib Al-Fadhilah Datuk Hj. Ahmad mahir, Mufti Kerajaan kelantan yang juga seorang pengarang.
3. Syaikh uthman Jalaluddin Al-Kilantani, seorang pengarang buku-buku agama dan seorang guru.
4. Tuan guru Hj. Yaakub bin Ismail. Legor, Selatan Thailand.
5. Saahib Al-Fadhilah, Datuk Hj. Ismail bin Yusoff, Mufti Kerajaan kelantan.
6. Asy-Syaikh Muhammad Salih Tuk kenali, Makkah Al-Mukarramah Saudi Arabia.
7. Yang Berbahagia Hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela Negara) pengarang majalah Al-Hikmah***(1923M)  yang banyak mendidik bakat-bakat penulis dan pengarang-pengarang sebelum perang.
8. Tuan guru Hj. Ali Salahuddin, seorang guru agama terkenal yang juga menjadi seorang pengarang.
9. Tuan Guru Hj. Abdullah Tahir, seorang guru agama terkenal yang juga menjadi seorang pengarang.
10. Tuan Guru Hj. Yaakub bin Hj. Ahmad , lorong Gajah mati, kota Bharu adalah seorang guru agama dan  seorang pengarang.
11. Yang berbahagia Datuk Hj. Hassan Yunus Al-Azhari, Bekas Menteri Besar Johor , ahli politikyang juga  menjadi seorang pengarang.

                Setelah kira-kiral 65 tahun menyedut udara dunia ini , maka Tok Kenali pun dipanggil Tuhan , kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M , berikutan suatu penyakit di kakinya. Majalah “Pengasuh” keluaran 11 Disember 1933M. Mencalitkan berita tentang berita kematian Tok Kenali , hari wafatnya dilawati oleh tidak kurang daripada 2500 orang dan disembayang jenazahnya oleh lebih daripada 1000 orang






Datuk Bahaman


Penentangan Datuk Bahaman

             Dato Bahaman merupakan ulama islam yang menentang kuasa asing di Pahang. Beliau juga digelar sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Antara perjuangan beliau ialah menolak pelaksanaan undang- undang British seperti sistem kehakiaman , pemungutan hasil tanah , sistem cukai , dan penubuhan pasukan polis luar di Pahang. Beliau juga terus menentang British apabila anak –anak beliau ditangkap oleh British. British telah menangkap anak – anak beliau kerana dipercayai terlibat dalam pemberontakan yang mengugat keamanan di Pahang.

           Selain itu , beliau bersama Mat kilau , Imam Rasul dan Tok gajah berjaya menawan balai polis Lubuk Terua yang berada di bawah kuasa British. Beliau melakukan penentangan ini kerana pembinaan balai polis di Lubuk terua , mencabar kuasa Dato Bahaman sebagai pembesar di Lubuk Terua . Hal ini demikian kerana pihak British tidak berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman tentang pembinaan balai polis ini. Pembinaan balai polis ini juga di kawasan lingkungan pengaruh Dato Bahaman.

          Penentangan seterusnya yang dilakukan oleh Dato Bahaman ialah menawan  dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Walaupun penentangan yang dilakukan oleh Dato Bahaman dan pengikutnya meliputi kawasan Kuala Lipis , Raub , Bentong , Jerantut , Kuantan , Maran dan Temerloh tetapi penentangan ini berjaya dipatahkan oleh pihak British.

          Akibat daripada tekanan yang kuat daripada British telah menyebabkan Dato Bahaman berundur ke Kelantan . Di sana beliau mendapat sokongan dan dorongan dari pembesar Kelantan dan Pahang untuk menentang British dari Pahang. Dengan bantuan yang dihulurkan oleh mereka , beliau sekali lagi menghidupkan misinya untuk menghalau British. Walaubagaimanapun , penentangan ini berjaya dipatahkan oleh British .

           Akhirnya , beliau telah berpindah ke Bangkok dan mendapat perlindungan politik dan  bantuan ketenteraan daripada Raja Chulalongkorn. Dengan ini , beliau melakukan serangan terakhir beliau dalam misi mempertahankan Pahang daripada pegangan British . Walaubagaimanapun , serangan beliau tetap gagal. Kemudian beliau menetap di  Chieng Mai dan meninggal dunia di sana.