Tok
Kenali atau dikenali sebagai Muhammad Yusuf bin Ahmad ialah seorang tokoh
“Ulama Ulung” , guru agama islam yang agung , tokoh pembangun pemikiran umat
islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara.
Antara peranan Tok Kenali ialah mengeluarkan majalah Pengasuh 1918M iaitu warta
majlis agama islam dan adat istiadat melayu Kelantan. Tok Kenali telah dipilih
untuk menjadi ketua pengarang dan diikuti dengan Dato Nik Mohammad. Majalah
pengasuh ini kemudian membangun dan menggalakkan pendidikan dalam kalangan
orang melayu dan menyeru orang melayu untuk memperluaskan ilmu dalam semua
bidang. Majalah ini juga memainkan peranan penting dalam membangkitan semangat
nasionalisme di Tanah Melayu.
Tok
Kenali juga berperanan dalam mengasaskan sistem pondok atau serambi mekah di
Kelantan. Sistem pondok telah menggunakan bahan-bahan pelajaran berdasarkan
kitab dengan mengkelas- kelaskan kitab kepada pengajian peringkat rendah ,
menengah yang dipelajari oleh berkelompok. Sistem pondok ini merupakan salah
satu faktor pennyebaran islam di Tanah Melayu. Selain itu , sistem pondok ini juga
membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu terutamanya di kalangan
orang melayu dan menyedarkan mereka tentang kepentingan kemerdekaan.
Selain itu , beliau juga berperanan dalam
melahirkan angkatan pengarang. Di antara murid-murid Tuk kenali terdapat suatu
golongan atau angkatan pengarang buku-buku agama yang mempunyai kedudukan yang
baik di kalangan masyarakat Islam di dunia sebelah sini. Mereka ialah”
1.Dr.
Syaikh Muhammad idris Al-Marbawi, seorang pujangga Islam yang banyak memberio
sumbangan dalam perkembangan ajaran-ajaran Isdlam dengan kamusnya “Kamus Al-
Marbawi” (Arab-Melayu) dan kitab-kitab karyanya yang banyak di lapangan Agama
Islam.
2. Saahib Al-Fadhilah Datuk Hj. Ahmad mahir, Mufti Kerajaan kelantan yang juga seorang pengarang.
3. Syaikh uthman Jalaluddin Al-Kilantani, seorang pengarang buku-buku agama dan seorang guru.
4. Tuan guru Hj. Yaakub bin Ismail. Legor, Selatan Thailand.
5. Saahib Al-Fadhilah, Datuk Hj. Ismail bin Yusoff, Mufti Kerajaan kelantan.
6. Asy-Syaikh Muhammad Salih Tuk kenali, Makkah Al-Mukarramah Saudi Arabia.
7. Yang Berbahagia Hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela Negara) pengarang majalah Al-Hikmah***(1923M) yang banyak mendidik bakat-bakat penulis dan pengarang-pengarang sebelum perang.
8. Tuan guru Hj. Ali Salahuddin, seorang guru agama terkenal yang juga menjadi seorang pengarang.
9. Tuan Guru Hj. Abdullah Tahir, seorang guru agama terkenal yang juga menjadi seorang pengarang.
10. Tuan Guru Hj. Yaakub bin Hj. Ahmad , lorong Gajah mati, kota Bharu adalah seorang guru agama dan seorang pengarang.
11. Yang berbahagia Datuk Hj. Hassan Yunus Al-Azhari, Bekas Menteri Besar Johor , ahli politikyang juga menjadi seorang pengarang.

Setelah
kira-kiral 65 tahun menyedut udara dunia ini , maka Tok Kenali pun dipanggil
Tuhan , kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M , berikutan suatu penyakit
di kakinya. Majalah “Pengasuh” keluaran 11 Disember 1933M. Mencalitkan berita
tentang berita kematian Tok Kenali , hari wafatnya dilawati oleh tidak kurang
daripada 2500 orang dan disembayang jenazahnya oleh lebih daripada 1000 orang
No comments:
Post a Comment