Friday, 18 July 2014

Rumusan




  1.            Kita harus mempunyai permuafakatan dalam membuat keputusan, bertoleransi dalam kalangan masyarakat dan menggunakan pendekatan musyawarah.Kita harus mempercayai dan mempunyai keyakinan terhadap kewibawaan pemimpin. Kita perlu mencontohi kewibawaan para pemimpin terdahulu supaya kita dapat menjadi pemimpin yang disegani dan dikasihi oleh rakyat negara Malaysia.Kita harus bekerjasama dengan kuasa luar untuk mempertahankan kemerdekaan negara. Kita perlu bertoleransi dengan parti-parti politik lain dalam membuat keputusan yang mampu mengubah takdir negara. Kita harus bijak memilih pemimpin kita supaya tanah air kita tidak jatuh ke tangan orang lain.Kita harus memirkirkan cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Lebih daripada itu, kita perlu bekerjasama untuk mempertahankan keamanan negara kita dan mengekalkan perpaduan di antara kaum.Kita mesti berjuang untuk mempertahankan negara kita dan tidak mengharapkan sepenuhnya. Tokoh- tokoh kemerdekaan negara kita telah berusaha dengan bersusah-payah untuk mempertahankan negara kita daripada pelbagai ancaman dari pelbagai pihak.Kita perlu bijak membuat keputusan dan sanggup berkorban demi negara. Kita perlu mencontohi sikap bertolak ansur terhadap kuasa luar. Seperti tokoh-tokoh mengadakan perjumpaan untuk berbincang dan tidak menggunakan kekerasan. Seterusnya, kita perlu menuntut ilmu pengetahuan dan menggunakan kebijaksaan yang ada untuk membuat sesuatu keputusan yang produktif. Kemudian, semangat juang yang berkobar-kobar yang tertanam di setiap tokoh negara kita perlu diteruskan agar kita dapat mempertahankan negara kita daripada ancaman luar pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment