Nama
sebenar Tok Gajah ialah Rasu Abdul Salam Bin Shahrum. Dalam lipatan sejarah
Pahang dan dari kaca mata pribumi nama Tok Gajah terukir sebagai salah seorang
Pahlawan Terbilang Pahang. Antara peranan Tok Gajah ialah memberikan idea untuk
menentang British secara besar- besaran. Sebelum melakukan penentangan ini ,
Tok Gajah mengadakan satu pertempuran dan dalam pertempuran itu , semua
pembesar lain bersumpah menyatakan taat setia kepada Sultan Ahmad. Mengikut
cadangan Tok Gajah , serangan telah dilaksanakan secara serentak. Dato Bahaman
telah mengambil Semantan , Sultan Ahmad mempertahankan Chenor , Panglima Muda
dari Jempul menawan Pekan , Mat Kilau dan Tok Raja akan menawan Kuala Lipis dan
Raub sementara Tok Gajah sendiri akan ke Kuala Tembeling.
Tok
Gajah juga berperanan dalam membantu sultan ahmad dalam perang saudara. Dalam Perang
Saudara Sultan Ahmad menentang saudaranya Wan Mutahir. Dalam serangan tersebut
Tok Gajah membantu Sultan Ahmad untuk mengumpulkan hulubalang dan membina kubu.
Beliau juga menggunakan pelbagai serangan. Walaubagaimanapun , Wan Mutahir
mendapat bantuan daripada British. Dalam serangan tersebut , Sultan Ahmad
berjaya dan atas taat setia dan baktinya , Tok Gajah dilantik sebagai Orang
Besar Raja.
Selain
itu , beliau juga berperanan dalam membantu perjuangan Dato Bahaman dalam
menawan balai polis Lubuk terua yang berada di bawah kuasa British. Perjuangan
ini dibantu oleh pembesar lain iaitu Imam Rasul dan Mat Kilau. Beliau melakukan
penentangan ini kerana pembinaan balai polis di Lubuk Terua mencabar kuasa Dato
Bahaman sebagai pembesar di Lubuk Terua.
Hal ini demikian kerana pihak British tidak berunding terlebih dahulu dengan
Dato Bahaman tentang pembinaan balai polis ini. Lebih-lebih lagi pembinaan
balai polis ini juga di kawasan lingkungan pengaruh Dato Bahaman.
Peranan Tok Gajah juga terserlah dalam menawan
Kuala Tembeling. Peristiwa ini bermula pada akhir 1892 apabila orang melayu
Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman , Mat Kilau dan Tok Gajah di Pahang
diusir keluar ke Hulu Kelantan. Pada Mei 1894, Mat Kilau dan Tok Gajah
berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung
Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung , Mat Kilau selalu berulang lik ke
Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid. Pada 14 Jun 1894 , Mat Kilau dan
Tok Gajah membawa 100 pengikut untuk menyerang Inggeris di Kuala Tembeling dan
mendirikan kubu di Jeram Ampai.
Casino Review 2021 | Online Slots & Table Games - DrMCD
ReplyDeleteWe review Casino Games Online. 아산 출장샵 We provide our users 진주 출장안마 with the 원주 출장안마 best 김해 출장안마 casino bonuses, games, and latest promotions. 아산 출장샵 With more than 40 casino