Friday, 18 July 2014

Datuk Bahaman


Penentangan Datuk Bahaman

             Dato Bahaman merupakan ulama islam yang menentang kuasa asing di Pahang. Beliau juga digelar sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Antara perjuangan beliau ialah menolak pelaksanaan undang- undang British seperti sistem kehakiaman , pemungutan hasil tanah , sistem cukai , dan penubuhan pasukan polis luar di Pahang. Beliau juga terus menentang British apabila anak –anak beliau ditangkap oleh British. British telah menangkap anak – anak beliau kerana dipercayai terlibat dalam pemberontakan yang mengugat keamanan di Pahang.

           Selain itu , beliau bersama Mat kilau , Imam Rasul dan Tok gajah berjaya menawan balai polis Lubuk Terua yang berada di bawah kuasa British. Beliau melakukan penentangan ini kerana pembinaan balai polis di Lubuk terua , mencabar kuasa Dato Bahaman sebagai pembesar di Lubuk Terua . Hal ini demikian kerana pihak British tidak berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman tentang pembinaan balai polis ini. Pembinaan balai polis ini juga di kawasan lingkungan pengaruh Dato Bahaman.

          Penentangan seterusnya yang dilakukan oleh Dato Bahaman ialah menawan  dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Walaupun penentangan yang dilakukan oleh Dato Bahaman dan pengikutnya meliputi kawasan Kuala Lipis , Raub , Bentong , Jerantut , Kuantan , Maran dan Temerloh tetapi penentangan ini berjaya dipatahkan oleh pihak British.

          Akibat daripada tekanan yang kuat daripada British telah menyebabkan Dato Bahaman berundur ke Kelantan . Di sana beliau mendapat sokongan dan dorongan dari pembesar Kelantan dan Pahang untuk menentang British dari Pahang. Dengan bantuan yang dihulurkan oleh mereka , beliau sekali lagi menghidupkan misinya untuk menghalau British. Walaubagaimanapun , penentangan ini berjaya dipatahkan oleh British .

           Akhirnya , beliau telah berpindah ke Bangkok dan mendapat perlindungan politik dan  bantuan ketenteraan daripada Raja Chulalongkorn. Dengan ini , beliau melakukan serangan terakhir beliau dalam misi mempertahankan Pahang daripada pegangan British . Walaubagaimanapun , serangan beliau tetap gagal. Kemudian beliau menetap di  Chieng Mai dan meninggal dunia di sana.







1 comment:

  1. Dato bahaman menetap di kelantan. Sengaja di rahsiakan tmpt tinggal kerana tujuan keselamatan. Beliau mendpt perlindungan dr saudara mara tok janggut.

    ReplyDelete