Faktor Penentangan
- British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
- Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
- Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
- Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.
Tok Janggut Pejuang Jihad
Haji Mat
Hassan Bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok janggut merupakan salah
seorang ulama islam yang pertama menentang kuasa asing di Kelantan. Beliau
telah menjalankan perjuangan menentang Inggeris di Kelantan kerana melalui
Perjanjian Inggeris – Siam (Perjanjian Bangkok) Kelantan diserahkan kepada
kuasa Siam. Antara perjuangan beliau ialah menyerang Pasir Puteh yang dikawal
oleh seorang pegawai yang bernama Che Abdul Latif. Perjuangan ini juga dibantu oleh Engku Besar
Jeram , Tuan Ahmad , Penghulu Adam , Haji Said , Che Ishak. Sebelum melakuan
serangan tersebut iaitu pada 29 april 1915, Tok Janggut bermesyuarat dengan
pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di
Pasir Puteh. Mereka hanya menduduki di Pasir Puteh selama 3 hari , memusnahkan
pejabat kerajaan , menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan. Dengan strategi
ini , mereka berjaya menguasai Pasir Puteh dan Engku Besar Jeram dilantik
sebagai Raja manakala Tok Janggut dilantik sebagai Perdana Menteri dan Che
Ishak sebagai pegawai daerah Pasir Puteh.
Perjuangan
dan peranan seterusnya yang dilakukan oleh Tok Janggut adalah membunuh Sarjan
Che Wan. Sarjan Che Wan merupakan seorang pagawai British yang sangat
berpengaruh. Dia juga merupakan salah seorang pegawai yang zalim dalam menindas rakyat dan memaksa mereka membayar
cukai. Hal ini demikian menyebabkan , Pegawai Daerah Pasir Puteh , Encik Latiff
mengeluarkan waran untuk menangkap Tok Janggut dan melantik Sarjan Che Wan untuk
menangkap Tok Janggut atas tuduhan enggan membayar cukai dan menbuat mesyuarat
sulit untuk menyerang Pasir Puteh. Dengan ini berlakulah satu pertempuran
antara British dan pasukan Tok Janggut. Dalam pertempuran itu , Tok Janggut
berjaya menbunuh Sarjan Che Wan yang selama ini menindas rakyat tempatan
Kelantan. Peristiwa inilah yang memulakan peperangan sebenar antara Inggeris
dan Tok Janggut.
Selain
itu , Tok Janggut juga berperanan dalam menghapuskan ideologi yang disebarkan
oleh pegawai British. Hal ini demikian dikenali sebagai perang saraf. Dalam
perang ini Pegawai Daerah Pasir Puteh iaitu Encik Latiff telah menghantar
beberapa pegawai untuk memburukan nama
Tok Janggut dan pengikutnya di
kalangan rakyat tempatan dengan harapan generasi semasa dan generasi yang akan
datang menganggap lelaki itu dan kumpulanya penderhaka dan pengkhianat Negara
dan bangsa. Walaubagaimanapun , Tok Janggut
menganbil tindakan segera dengan memberikan amaran kepada Encik Latiff
atas penbuatan beliau dan menyerang pegawai- pegawai British yang terlibat
dalam perang saraf.
Peranan ketiga Tok Janggut adalah beliau
menyedarkan rakyat tempatan supaya menentang penjajahan kuasa asing. Kesedaran
Tok Janggut terhadap agama , bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil lagi. Hal
ini demikian terbukti apabila beliau belajar ilmu agama di Makkah. Guru beliau iaitu
Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan tanah air
yang dikenali sebagai “Serambi Makka”. Beliau menyebarkan ilmu ini kepada
penduduk tempatan dan menjadi pejuang jihad yang terkenal di Tanah Melayu.
Peranan
dan perjuangnan terakhir Tok Janggut
adalah terlibat dalam misinya mempertahankan Kelantan dalam serangan
Saring. Atas nama Sultan Kelantan , British
telah membawa masuk tentera daripada Negeri – Negeri Selat dengan kapal
perang H.M.S Cadmus dan memulakan serangan di Saring. British berjaya dalam
serangan tersebut dan melumpuhkan perjuangnan Tok Janggut dan pengikitnya. Peristiwa
yang menyedihkan ialah Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut , mayatnya
diarakan ke seluruh Pekan Kota Bharu
sebelum digantung di pasar dalam keadaan songsang. Apa pun peristiwa ini
membangkitkan perasaan menentang British dan perjuangan yang selama ini
dilakukan oleh Tok Janggut diteruskan.
Tok janggut tidak mati di bunuh. Yg di bunuh adalah askar punjab yg berjanggut.
ReplyDelete