Penentangan Datuk Bahaman
Dato
Bahaman merupakan ulama islam yang menentang kuasa asing di Pahang. Beliau juga
digelar sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Antara perjuangan
beliau ialah menolak pelaksanaan undang- undang British seperti sistem
kehakiaman , pemungutan hasil tanah , sistem cukai , dan penubuhan pasukan
polis luar di Pahang. Beliau juga terus menentang British apabila anak –anak
beliau ditangkap oleh British. British telah menangkap anak – anak beliau
kerana dipercayai terlibat dalam pemberontakan yang mengugat keamanan di
Pahang.
Selain
itu , beliau bersama Mat kilau , Imam Rasul dan Tok gajah berjaya menawan balai
polis Lubuk Terua yang berada di bawah kuasa British. Beliau melakukan
penentangan ini kerana pembinaan balai polis di Lubuk terua , mencabar kuasa
Dato Bahaman sebagai pembesar di Lubuk Terua . Hal ini demikian kerana pihak
British tidak berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman tentang pembinaan
balai polis ini. Pembinaan balai polis ini juga di kawasan lingkungan pengaruh
Dato Bahaman.
Penentangan
seterusnya yang dilakukan oleh Dato Bahaman ialah menawan dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram
Ampai. Walaupun penentangan yang dilakukan oleh Dato Bahaman dan pengikutnya
meliputi kawasan Kuala Lipis , Raub , Bentong , Jerantut , Kuantan , Maran dan Temerloh
tetapi penentangan ini berjaya dipatahkan oleh pihak British.
Akibat
daripada tekanan yang kuat daripada British telah menyebabkan Dato Bahaman
berundur ke Kelantan . Di sana beliau mendapat sokongan dan dorongan dari
pembesar Kelantan dan Pahang untuk menentang British dari Pahang. Dengan
bantuan yang dihulurkan oleh mereka , beliau sekali lagi menghidupkan misinya
untuk menghalau British. Walaubagaimanapun , penentangan ini berjaya dipatahkan
oleh British .
Akhirnya
, beliau telah berpindah ke Bangkok dan mendapat perlindungan politik dan bantuan ketenteraan daripada Raja
Chulalongkorn. Dengan ini , beliau melakukan serangan terakhir beliau dalam
misi mempertahankan Pahang daripada pegangan British . Walaubagaimanapun ,
serangan beliau tetap gagal. Kemudian beliau menetap di Chieng Mai dan meninggal dunia di sana.
Dato bahaman menetap di kelantan. Sengaja di rahsiakan tmpt tinggal kerana tujuan keselamatan. Beliau mendpt perlindungan dr saudara mara tok janggut.
ReplyDelete