Friday, 18 July 2014

Tok Janggut


 Faktor Penentangan

  • British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
  • Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang               berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
  • Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
  • Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.
    
Tok Janggut Pejuang Jihad




            Haji Mat Hassan Bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok janggut merupakan salah seorang ulama islam yang pertama menentang kuasa asing di Kelantan. Beliau telah menjalankan perjuangan menentang Inggeris di Kelantan kerana melalui Perjanjian Inggeris – Siam (Perjanjian Bangkok) Kelantan diserahkan kepada kuasa Siam. Antara perjuangan beliau ialah menyerang Pasir Puteh yang dikawal oleh seorang pegawai yang bernama Che Abdul Latif.  Perjuangan ini juga dibantu oleh Engku Besar Jeram , Tuan Ahmad , Penghulu Adam , Haji Said , Che Ishak. Sebelum melakuan serangan tersebut iaitu pada 29 april 1915, Tok Janggut bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi  menentang Inggeris dan  memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh. Mereka hanya menduduki di Pasir Puteh selama 3 hari , memusnahkan pejabat kerajaan , menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan. Dengan strategi ini , mereka berjaya menguasai Pasir Puteh dan Engku Besar Jeram dilantik sebagai Raja manakala Tok Janggut dilantik sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai pegawai daerah Pasir Puteh.

Perjuangan dan peranan seterusnya yang dilakukan oleh Tok Janggut adalah membunuh Sarjan Che Wan. Sarjan Che Wan merupakan seorang pagawai British yang sangat berpengaruh. Dia juga merupakan salah seorang pegawai yang zalim dalam  menindas rakyat dan memaksa mereka membayar cukai. Hal ini demikian menyebabkan , Pegawai Daerah Pasir Puteh , Encik Latiff mengeluarkan waran untuk menangkap Tok Janggut dan melantik Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan enggan membayar cukai dan menbuat mesyuarat sulit untuk menyerang Pasir Puteh. Dengan ini berlakulah satu pertempuran antara British dan pasukan Tok Janggut. Dalam pertempuran itu , Tok Janggut berjaya menbunuh Sarjan Che Wan yang selama ini menindas rakyat tempatan Kelantan. Peristiwa inilah yang memulakan peperangan sebenar antara Inggeris dan Tok Janggut.

Selain itu , Tok Janggut juga berperanan dalam menghapuskan ideologi yang disebarkan oleh pegawai British. Hal ini demikian dikenali sebagai perang saraf. Dalam perang ini Pegawai Daerah Pasir Puteh iaitu Encik Latiff telah menghantar beberapa pegawai untuk memburukan nama  Tok Janggut  dan pengikutnya di kalangan rakyat tempatan dengan harapan generasi semasa dan generasi yang akan datang menganggap lelaki itu dan kumpulanya penderhaka dan pengkhianat Negara dan bangsa. Walaubagaimanapun , Tok Janggut  menganbil tindakan segera dengan memberikan amaran kepada Encik Latiff atas penbuatan beliau dan menyerang pegawai- pegawai British yang terlibat dalam perang saraf.

 Peranan ketiga Tok Janggut adalah beliau menyedarkan rakyat tempatan supaya menentang penjajahan kuasa asing. Kesedaran Tok Janggut terhadap agama , bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil lagi. Hal ini demikian terbukti apabila beliau belajar ilmu agama di Makkah. Guru beliau iaitu Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan tanah air yang dikenali sebagai “Serambi Makka”. Beliau menyebarkan ilmu ini kepada penduduk tempatan dan menjadi pejuang jihad yang terkenal di Tanah Melayu.


Peranan dan perjuangnan terakhir Tok Janggut  adalah terlibat dalam misinya mempertahankan Kelantan dalam serangan Saring. Atas nama Sultan Kelantan , British  telah membawa masuk tentera daripada Negeri – Negeri Selat dengan kapal perang H.M.S Cadmus dan memulakan serangan di Saring. British berjaya dalam serangan tersebut dan melumpuhkan perjuangnan Tok Janggut dan pengikitnya. Peristiwa yang menyedihkan ialah Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut , mayatnya diarakan ke seluruh  Pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan songsang. Apa pun peristiwa ini membangkitkan perasaan menentang British dan perjuangan yang selama ini dilakukan oleh Tok Janggut diteruskan. 

1 comment:

  1. Tok janggut tidak mati di bunuh. Yg di bunuh adalah askar punjab yg berjanggut.

    ReplyDelete